Semeru-Bromo 2017

by Sydeen Din March. 09, 2018 1266 views
Tasik Ranu Kumbolo yang menjadi penarik utama dalam perjalanan ke puncak Semeru

Tasik Ranu Kumbolo yang menjadi penarik utama dalam perjalanan ke puncak Semeru

Sekali lagi misi kami dari Geng Mara Hiker berjaya mengapai puncak [email protected] yang merupakan puncak tertinggi di pulau Jawa. Sebelum ke sana, bermacam-macam berita menarik dan juga kurang menarik didengar. Yang menarik sememangnya mengujakan tapi yang kurang menarik itu juga menjadikan kami berdebar dan cuak.

Sebelum memulakan pendakian. Persediaan dan taklimat dari guide kami Karat Adventure di Ranu Pane

Sebelum memulakan pendakian. Persediaan dan taklimat dari guide kami Karat Adventure di Ranu Pane

Gunung yang masih aktif itu dengan ketinggian 3676 meter dari aras laut bukan sebarang gunung kerana tahap kesukarannya adalah 4 kali ganda dengan gunung Rinjani yang kami daki pada tahun lepas. Trek yang tiada belas kasihan dan memerlukan pendakian tanpa landai selama 5-6 jam.

Antara permandangan indah dipermulaan perjalanan kami dari Ranu Pane

Antara permandangan indah dipermulaan perjalanan kami dari Ranu Pane

Pendakian kami bermula di perkampungan tertinggi di Tengger Bromo-Semeru iaitu di Ranu Pane dalam keadaan santai dan teduh. Trek yang dikelilingi semak dan pokok yang sederhana mengambil masa 4-5 jam untuk sampai di Ranu Kumbolo. Kami hanya menikmati keindahan sekitar tasik berkenaan sepintas lalu sahaja ketika menjamah makanan tengahari berupa bungkusan nasi yang dibekalkan oleh guide kami.

Sementara melepaskan lelah, kami juga sempat bergambar bersama

Sementara melepaskan lelah, kami juga sempat bergambar bersama

Selepas makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke Kalimati iaitu tempat kami bermalam dan diawal paginya kami akan terus ke puncak. Kami tiba di taapak perkhemahan secara berperingkat mengikut tahap kecergasan masing-masing. Ketika lewat petang hingga ke malam suhu di tapak perkhemahan kami turun mendadak dari 22 darjah turun ke 15 darjah kerana tiupan angin.

Signboard Kalimati dimakan kami akan bermalam di sini sebelum ke puncak Semeru

Signboard Kalimati dimakan kami akan bermalam di sini sebelum ke puncak Semeru

Pada pukul 2.30 pagi kami mula bergerak ke puncak secara berkumpulan maka bermula lah cabara sebenar kami. Trek awal akan melalui hutan dan semak samun selama hampir dua jam. Selepas itu trek mula lapang dan berpasir. Tiupan angin semakin kencang sehingga suhu menurun kepada 8 darjah.

Antara aksi dan suasana pendakian kami selama 5-6 jam ke puncak Semeru

Antara aksi dan suasana pendakian kami selama 5-6 jam ke puncak Semeru

Ketika ini hanya latihan dan kesabaran sahaja yang boleh membantu untuk meneruskan langkah hingga ke puncak walau pun agak lewat tetapi berbaloi.

Suasana cerah selepas kabus sejuk dan tebal meninggalkan kami

Suasana cerah selepas kabus sejuk dan tebal meninggalkan kami

Selepas turun dari puncak dan akan bergerak ke Ranu Kumbolo untuk malam kedua

Selepas turun dari puncak dan akan bergerak ke Ranu Kumbolo untuk malam kedua

Tapak perkhemahan kami di Ranu Kumbolo berlatar belakangkan Tanjakan Chinta

Tapak perkhemahan kami di Ranu Kumbolo berlatar belakangkan Tanjakan Chinta

Group foto pagi sebelum bergerak balik ke Ranu Pane dan terus ke Bromo

Group foto pagi sebelum bergerak balik ke Ranu Pane dan terus ke Bromo

Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com