Medan-Danau Toba 2018

by Sydeen Din March. 10, 2019 1120 views

Trip kali ni adalah bersama family sahaja. Memang dah lama plan untuk travel bersama mereka ke sana, cuma ambik masa untuk dapatkan tarikh yang sesuai dengan bajet yang sesuai. Selama ni asyik kita je yang travel ke sana sini, mereka yang kat rumah ni pun nak merasa jugak naik kapal terbang. Tengok-tengok negara orang sambil menambah pengalaman.

Suasana waktu malam dari koridor(tingkat 3) ruangan berlepas. Permandangan yang menarik

Suasana waktu malam dari koridor(tingkat 3) ruangan berlepas. Permandangan yang menarik

Saya dapatkan nombor telefon pak supir dari seorang rakan di Malaysia dan bertanya serba sedikit tentang servis yang diberi. Alhamdulillah kami setuju dengan harga yang ditawarkan. Memang murah jika nak dibandingkan dengan Malaysia. Jadi tak hairan kenapa rakyat kita ramai yang memilih Indonesia untuk bercuti

Kami sangat teruja nak travel. Keluar negara pulak tu. Pertama kali bawak keluarga sendiri. Persiapan dokumentasi dibuat sebulan lebih awal. Kami tak mahu trip ini terganggu kerana kesilapan sendiri. Flight kami pada awal pukul 7.15 pagi 7 Ogos. Maka perjalanan kami bermula 6 jam lebih awal ke airport dengan menaiki bas di Melaka Central. Paling penting nak bagi mereka ni merasa suasana dan pengalaman travel.

Selepas solat isyak, kami terus bersiap untuk ke stesen bas Melaka Central. Kawan tolong hantarkan dari Jasin. Bas kami bergerak pukul 12.15 pagi, bermakna kami hanya masa untuk tidur dalam bas sahaja. Boleh ke nak lelap sebab semua dah exited ni. Tidur-tidur ayam je la. Sampai di KLIA2 hampir pukul 3.00 pagi. Berjalan ke sana kemari dah pukul 4.00 pagi. Duduk sekejap sambil tinjau-tinjau kaunter untuk drop beg.

HARI PERTAMA.

Sebelum subuh kami dah check in, drop beg sementara orang belum ramai dan solat kat kawasan ruang menunggu kat dalam. Bila dah lepas masuk di kawasan menunggu bermakna semua urusan dah selesai. Dah la terminal paling hujung. Bermakna kami semua tak tidur malam tu hahaha...

Dalam flight lagi la tak tidur. Masing-masing sibuk nak bergambar dan mengambil gambar. Sedar-sedar dah nak landing kat Kualanamo, Medan. dah siap urusan imigresen, ambil beg, tengok-tengok pak supir dah menunggu dan kami terus gerak ke Parapat. Dalam perjalanan kami singgah mengisi perut di warung. Perjalanan memakan masa hampir 4 jam dan saya masih lagi melayan pak supir bersembang manakala yang belakang ada yang dah terlelap.

Selepas makan tengahari di sebuah restoran minang di Parapat, kami terus ke terminal feri untuk ke Pulau Samosir. Kami akan bermalam dan dinner di Samosir Cottages. Baru boleh tidur. Agak nyenyak sebab dalam masa 24 jam hanya tidur-tidur ayam je.

HARI KEDUA

Selepas sarapan dan berjalan sekitar resort, kami buat keputusan untuk terus bergerak ke Bukit Holbung, Tomok dan menyusuri sekitar bukit Teletubis. Memang kawasan yang menjadi lokasi utama kami ke sini. Kami habiskan masa agak lama di sini dan sempat terbangkan drone lagi hehehe... Memang berbaloi dan superb view.

Dalam perjalanan ke hotel kami sempat singgah makan jagung bakar di Panatapan. Jagung bakar pun boleh jadi kormesil kat sini... luarbiasa

Malam ni kami bermalam dan dinner di Berastagi. Plan asal di Mickey Holiday hotel tapi dah penuh. Jadi kami ke hotel lain yang setara.

Permandangan yang sangat cantik dari Bukit Holbung.

Permandangan yang sangat cantik dari Bukit Holbung.

HARI KETIGA

Selepas sarapan kami berlegar sekitar hotel dan sekitar pekan Berastagi sambil bergambar berlatar belakang gunung Sinabung yang masih aktif. Bagi mereka yang tak pernah melihat gunung memang teruja sebab mana ada gunung berapi kat Malaysia. Sepatutnya kami masih bermalam di Berastagi tapi saat akhir kami buat keputusan untuk terus ke Medan

Ada satu group sedang mengemaskan khemah di Bukit Holbung

Ada satu group sedang mengemaskan khemah di Bukit Holbung

Sampai di pekan Medan dah agak lewat iaitu sekitar 9 malam lebih. Selepas mengisi perut di perjalanan, kami terus check in Polonia hotel. Tidur puas-puas sampai pagi esok.

Dari Bukit Holbung, kami turun dan singgah sebuah perkampungan nelayan untuk makan tengahari

Dari Bukit Holbung, kami turun dan singgah sebuah perkampungan nelayan untuk makan tengahari

HARI KEEMPAT

Selepas sarapan dan rehat sekejap kami meronda sekitar pekan medan termasuk istana Maimon, shopping dan makan durian ucok. Shopping pun sekadar window shopping je sambil jalan-jalan hingga penat. Balik hotel, makan dan sambung tido... hahaha

Suasana penuh warna warni pasar buah di Berastagi

Suasana penuh warna warni pasar buah di Berastagi

HARI KELIMA

Flight kami dalam pukul 5.30 petang, jadi kami masih ada masa untuk meronda sekitar pekan Medan. Antaranya penangkaran buaya atau zoo buaya, kilang kek bika ambon, ke pasar Melati dan paling penting hidangan ayam penyet di Cindelaras. Jika ke Medan ole-ole wajib yang akan dibawa balik ialah kek bika ambon. Memang popular dan sedap

Sebelum pukul 4 petang kami dah sampai di airport Kualanamo. Lambat nanti kang kena tinggal. Baik tersalah awal. Masa menunggu tu Airasia umum tukar kapal lain dan delay dalam 30min. Awalnya cuak kejap sebab nombor flight kita tak ada dalam senarai. Risau sebab bajet duit ngam-ngam je. Kalau sorang boleh la cover, kalau berlima mana nak cekau...huhu

Kami selamat mendarat di KLIA2 hampir pukul 7.00 malam. Apa yang boleh diperkatakan ialah alhamdulillah... legaaaa... hahahaha

Kami ambik tiket bas ke Melaka pukul 9.00 malam. Jadi tak banyak masa untuk kami berlegar-legar sekitar KLIA2. Baru terasa penatnya. Dalam bas semua pakat diam dan ambil peluang untuk lelapkan mata setelah 5 hari berjalan sakan. Hampir pukul 12 tengah malam baru sampai Melaka Central. Kawan dah siap menunggu. Dalam perjalanan ke Jasin, singgah untuk mengisi perut yang dah mula keroncong. Memang penat tapi berbaloi.

Next family trip 2019 sedang dirancang...

  Be the first to like this post
Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com